“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau  beri petunjuk kepada kami dan kurniakan kepada kami limpah rahmat di  sisi-Mu; sesungguhnya Engkau jua Tuhan Yang melimpah-limpah  pemberian-Nya.” (Surah Ali Imran: 8)
Kepada sahabat-sahabat yang  berjuang menegakkan kebenaran. Atas rasa kasih sayang kita terhadap isu  yang sedang melanda ummah. Disaat semakin ramai mereka yang terpesong  dari ajaran Muhammad yang sebenar tetapi mendakwa merekalah yang  mengamalkan cara hidup Islam yang tulen. Ana doakan kejayaan antum dalam  memperjuangkan agama Allah ini. Aqidah yang dibawa oleh junjungan besar  Nabi Muhammad saw adalah jelas dan tidak perlu ada penambahan seperti  yang dibuat oleh golongan Syiah. Tapi awas! Jangan dek kerana usaha kita  yang bersungguh-sungguh ini menyebabkan kita pula semakin jauh hati  kita dari ajaran sebenar ini. Kerana ada sahabat kita yang pada awalnya  bersungguh-sungguh menentang Syiah namun oleh kerana terpengaruh dengan  hasutan mereka yang licik, akhirnya dia pula yang mengikut jejak langkah  golongan yang sesat. Jadi hati-hatilah. Sama-sama kita bersatu  menentang mereka yang mengkafirkan para sahabat dan Ummul Mukminin  Saidatina Aisyah. Ikhlaskan diri dalam perjuangan ini. Ganjaran Allah  amatlah besar. Untuk golongan seperti Syiah ini kita hayati apa yang  Allah ceritakan dalam al-Quran untuk mereka yang ingin mendustakan  orang-orang yang beriman tetapi mereka mendustakan diri mereka sendiri :
"Dalam  hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan  hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan  mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan  sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran). Dan apabila  dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan  di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya kami orang-orang yang  hanya membuat kebaikan". Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah  orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi  mereka tidak menyedarinya. Dan apabila dikatakan kepada mereka:  "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman". Mereka  menjawab: "Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang  bodoh itu?" Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh,  tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). Dan apabila  mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: " Kami  telah beriman ", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan  mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya kami tetap bersama kamu,  sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)".  Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba  dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu). " al-Baqarah: 10-15
Semoga  Allah menyelamatkan kita dalam agama yang sebenar ini. Teruskan usaha  kalian dalam menyelamatkan sahabat-sahabat kita dari terpengaruh dengan  helah golongan Syiah yang licik. Ingatlah, bukan mudah berjuang dijalan  Allah ini. Namun jika kita ikhlaskan niat. Allah akan balas dengan yang  lebih baik. Yakin dengan janji Allah. Wallahualam... Allahuakbar!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan